Finger Reader Mebolehkan Orang Buta Membaca Buku Biasa

Finger Reader Mebolehkan Orang Buta Membaca Buku Biasa

Diterbitkan pada Apr 21, 2014 oleh .

Buku Braille dicipta oleh Louise Braille pada tahun 1824 bagi membolehkan golongan buta membaca dengan menggunakan hujung jari mereka. Braille mencipta sistem bacaan ini selepas buta pada usia 15 tahun akibat sebuah kemalangan. Masalah utama buku Braille ialah ianya jauh lebih tebal, berat dan mahal berbanding buku biasa. Sebagai contoh sebuah Al Quran Braille dijual pada harga RM240. Ini adalah berpuluh kali ganda lebih mahal dari Al Quran biasa. Tidak kesemua buku yang ada di pasaran ada di dalam versi Braille dan ini menghadkan keupayaan membaca golongan buta. Sekiranya anda seorang buta yang ini melakukan kajian sarjana sebagai contoh, tidak ada jurnal kajian di dalam versi Braille. Jadi apakah yang boleh dilakukan bagi membantu golongan buta membaca buku-buku ini?

ring_in_use_corrected

Finger Reader ialah sebuah cincin yang boleh dipakai oleh orang buta bagi membaca buku biasa. Ianya adalah projek yang sedang dibangunkan Massachusetts Institute of Technology bagi memperkasakan golong buta dengan menggunakan teknologi pengenalan teks. Finger Reader mempunyai kamera yang mengimbas bahagian buku yang ditunjuk jari si pembaca buta dan kemudian menukarkan teks kepada suara menggunakan perisian khas. Buat masa ini prototaip Finger Reader masih lagi terlalu besar dan tidak cukup praktikal untuk digunakan di dalam dunia sebenar. Tetapi kami percaya dengan penambahbaikan ianya boleh dikecilkan dan menjadi teknologi boleh-pakai untuk golongan buta.

Sumber MIT


TIPS & ULASAN