Kemaskini Google Hangouts 2.1 Menyatukan Perbualan SMS Dan IM

Kemaskini Google Hangouts 2.1 Menyatukan Perbualan SMS Dan IM

Diterbitkan pada Apr 22, 2014 oleh .

Google Hangouts untuk Android sebelum ini telah mula menawarkan sokongan pengurusan SMS melaluinya, dan hari ini melalui kemaskini Hangouts 2.1, ia mengintegrasikan dan menyatukan lagi sokongan SMS dan IM pada satu paparan.

Google Hangouts 2.1

Melalui kemaskini ini, anda boleh melihat perbualan dan komunikasi dengan seseorang itu sama ada melalui IM ataupun SMS pada tetingkap yang sama, tanpa perlu mengubah tetapan paparan seperti sebelum ini. Pengguna juga boleh memilih untuk tidak menyatukannya sekiranya mereka inginkan.

Selain daripada itu, Hangouts 2.1 turut memudahkan lagi pengguna untuk memilih mereka yang mempunyai akses di Hangouts dan mereka yang boleh dihubungi melalui SMS.

Beberapa kemaskini lain yang turut disertakan adalah sokongan widget, beberapa bunyi baru dan sebagainya.

Kemaskini Google Hangouts 2.1 ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna Android seluruh dunia.

Muat-Turun Google Hangouts untuk Android


TIPS & ULASAN