Huawei Honor 3C Akan Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

Huawei Honor 3C Akan Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Apr 22, 2014 oleh .

Huawei boleh dikatakan agak senyap tanpa pelancaran peranti baru di Malaysia sejak daripada tahun lepas. Kini, setelah sekian lama, mereka dilihat akan membawa masuk dan menawarkan salah satu telefon pintar baru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei Honor 3C.

Huawei Honor 3C

Huawei Honor 3C boleh dikatakan sebagai peranti dengan spesifikasi pertengahan daripada Huawei. Ia dilengkapi cip pemprosesan MediaTek empat teras 1.3GHz, memori 1GB RAM, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan 5-megapixel serta skrin bersaiz 5-inci.

Harga jualan rasminya masih tidak diketahui lagi, dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya dalam masa beberapa terdekat ini.


TIPS & ULASAN