Samsung SideSync Kini Menyokong Semua Komputer Windows

Samsung SideSync Kini Menyokong Semua Komputer Windows

Diterbitkan pada Apr 22, 2014 oleh .

Samsung SideSync merupakan salah satu perisian yang disediakan oleh pihak Samsung dalam memudahkan pengguna menghubungkan peranti mereka ke komputer, dan membuat beberapa tugasan menggunakannya. Sebelum ini ia hanya eksklusif untuk pengguna komputer riba Samsung sahaja, tetapi dilihat telah berubah melalui SideSync 3.0.

SideSync

Seperti biasa, pengguna memerlukan peranti Samsung Galaxy, dan memasang perisian khas untuk komputer Windows sebelum dapat menggunakannya.

Selain membolehkan pengguna menguruskan peranti, membuat salinan pendua dan sebagainya, menggunakan Samsung SideSync ini juga ia membolehkan para pengguna untuk menggunakan tetikus dan papan kekunci pada peranti mereka, disamping memudahkan penyalinan teks dan dokumen terus ke peranti mudah-alih.

Sekiranya anda menggunakan peranti Samsung, mungkin boleh memuat-turun perisian khas untuk Windows ini, dan menggunakannya dengan memasang aplikasi SideSync pada peranti anda hari ini.

Muat-Turun Samsung SideSync untuk Windows

Muat-Turun Samsung SideSync untuk Peranti Samsung


TIPS & ULASAN