Intel Bakal Menyertakan Pemindahan Data Pada Kelajuan Sehingga 40Gbps Di Thunderbolt 3.0?

Intel Bakal Menyertakan Pemindahan Data Pada Kelajuan Sehingga 40Gbps Di Thunderbolt 3.0?

Diterbitkan pada Apr 22, 2014 oleh .

Thunderbolt daripada Intel sedia menawarkan kadar pemindahan data pada kelajuan yang tinggi, dan melalui kemaskini akan datang, pihak Intel dijangka akan menggandakan kelajuan pemindahan data kepada 40Gbps melaluinya.

Intel Thunderbolt 3

Selain kepantasan data, Thunderbolt 3 ini juga kelak dijangka akan mengurangkan lagi kadar penggunaan tenaga hampir 50%, selain turut membawakan sokongan untuk PCI-e Gen-3.

Buat masa ini, Apple boleh dikatakan antara yang memfokuskan kepada penggunaan teknologi Thunderbolt ini, selain terdapat beberapa pengeluar lain yang turut menggunakannya pada peranti keluaran mereka. Baru-baru ini, WesternDigital turut telah hadir dengan aksesori khusus untuk Thunderbolt ini.

Apa pun, sekiranya maklumat awal yang tertiris ini benar, mungkin kita akan dapat melihat ia dilancarkan pada tahun hadapan dengan pelbagai penambahan baru yang lain.


TIPS & ULASAN