Sokongan Start Menu Dikatakan Bakal Hadir Pada Suku Ke-Empat Tahun Ini

Sokongan Start Menu Dikatakan Bakal Hadir Pada Suku Ke-Empat Tahun Ini

Diterbitkan pada Apr 22, 2014 oleh .

Pada acara BUILD 2014 sebelum ini, pihak Microsoft telah memperlihatkan sokongan Start Menu yang bakal hadir semula pada sistem operasi Windows 8.1. Kini, beberapa ura-ura mengatakan sokongan ini bakal diperkenalkan pada suku ke-empat tahun ini.

Dikongsikan melalui laman Wzor, sokongan ini bakal dilancarkan pada jangka masa tersebut namun tidak pasti sama ada sokongan ini bakal dibawa menerusi Windows 8.2 atau hanya sekadar kemaskini ‘Windows 8.1 Update 2’.

Windows 8.1 Start Menu

Seperti yang dikongsikan sebelum ini, sokongan Start Menu ini bakal hadir dengan kebolehan meletakkan tile aplikasi Modern UI bagi menggantikan penggunaan Start Screen sebelum ini.

Sokongan Start Menu telah mula dibuang pada sistem operasi Windows 8 dan perkara ini telah mencetuskan kontroversi bagi sesetengah pengguna Windows.

Dengan kehadiran Start menu ini, mungkin beberapa masalah seperti tahap mesra pengguna yang kini lebih dipermudahkan selain turut membantu meningkatkan lagi jualan Windows 8.1.


TIPS & ULASAN