Cari @ Amanz

Terdapat banyak anugerah berprestij yang dianjurkan untuk meraikan industri ICT tempatan. Anugerah MSC-APICTA merupakan salah satu anugerah ICT khusus untuk syarikat dalam industri ICT dan kreatif tempatan. Pemenang bakal mewakili Malaysia untuk peringkat APICTA yang seterusnya membawakan peserta dari seluruh rantau Asia Pasifik.

Sebanyak 20 kategori yang dipertandingkan adalah:

  • Best of e-Learning
  • Best of e-Government & Public Sector
  • Best of e-Health & Well-being
  • Best of Retail & Supply Chain Management
  • Best of e-Inclusion & e-Community
  • Best of Financial Applications
  • Best of Communications Applications
  • Best of Industrial Applications
  • Best of Media & Entertainment Technology
  • Best of Tourism & Hospitality
  • Best of Security
  • Best of Applications & Infrastructure Tools
  • Best of Research & Development
  • Best of Sustainability & Environment Technology
  • Best of Start-up Companies
  • Best of Tertiary Student Project – Creative Multimedia
  • Best of Tertiary Student Project – Software / Hardware
  • Best of Secondary Student Project
  • Best of Primary Student Project
  • Prime Minister’s Best of the Best Award.

Tarikh tutup pencalonan adalah pada 30 Jun 2014 dan pemenang akan mewakili Malaysia untuk acara APICTA peringkat Asia-Pasifik yang akan berlangsung di Lahore, Pakistan pada November tahun ini. Manfaat selain mewakili Malaysia termasuklah pengiktirafan industri untuk pemenang yang pastinya dapat membantu syarikat dalam bersaing didunia ICT.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd