Carian
Rekabentuk Halaman Profil Twitter Yang Baru Boleh Diaktifkan Semua
April 23, 2014 Ikhwan Nazri

Beberapa minggu yang lalu Twitter telah meluaskan pengujian halaman profil mereka yang terbaru, namun terhad kepada beberapa pengguna serta melakukan penaiktarafan secara berperingkat. Hari ini, mereka telah mengumumkan kesediaan halaman profil baru yang boleh diaktifkan oleh semua pengguna.

[youtube http://www.youtube.com/watch?v=8S43FeLbN8I]

Dengan halaman yang baru ini, gambar header tampak besar serta gambar profil pengguna juga bersaiz besar. Pengguna boleh memilih untuk pin Tweet yang digemari dan ini sekaligus memberi pilihan buat jenama-jenama untuk pin akan sesuatu tweet berkenaan promosi terbaru dari mereka.

Paparan khusus untuk foto dan video dan tab Following/Followers tampak lebih menarik. Sekiranya sesuatu tweet mempunyai banyak Retweet atau Favorite, saiz tulisan tersebut adalah sedikit besar, untuk menampilkan ia berbanding tweet yang mungkin tidak mendapat perhatian seperti gambar dibawah.

Google Chrome

Sekiranya anda mengubah paparan halaman tersebut, ianya tidak boleh dikembalikan kepada paparan dengan rekaan terdahulu. Anda rasa yang mana lebih anda sukai ?

Komen