Apple Membuka Program Ujian Beta OS X Untuk Semua Pengguna

Apple Membuka Program Ujian Beta OS X Untuk Semua Pengguna

Diterbitkan pada Apr 23, 2014 oleh .

Apple hari ini dilihat telah membuka akses untuk program ujian beta OS X kepada semua pengguna, sekaligus membolehkan mereka menguji terlebih dahulu sistem operasi OS X sebelum ia dilancarkan kepada umum.

Sehingga kini, untuk mengakses program beta tersebut, pengguna dikehendaki mendaftar akaun pembangun yang dikenakan caj sebanyak $99 setahun. Kini, dengan membuka ia kepada semua, pengguna tidak lagi memerlukan akaun pembangun, dan boleh mengakses OS X Beta Seed ini secara percuma.

Apa pun, seperti biasa, memandangkan ia masih lagi versi beta, sistem operasi berkenaan mungkin tidak stabil sepenuhnya, dan pengguna diperlukan untuk mengikuti beberapa terma dan syarat yang disediakan Apple sebelum dapat menggunakannya.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh menyemak halaman program OS X Beta Seed hari ini.

Layari : Program OS X Beta Seed


TIPS & ULASAN