Pengguna Aktif WhatsApp Mencapai Angka 500 Juta

Pengguna Aktif WhatsApp Mencapai Angka 500 Juta

Diterbitkan pada Apr 23, 2014 oleh .

WhatsAppBercakap mengenai aplikasi permesejan, semestinya ramai yang menggunakan WhatsApp. Hari ini, berkongsi mengenai statisitik semasa mereka, WhatsApp mengatakan perkhidmatan tersebut digunakan secara aktif oleh lebih daripada 500 juta pengguna seluruh dunia.

WhatsApp turut mengatakan yang mana pengguna menghantar lebih daripada 700 juta gambar, dan 100 juga video melalui perkhidmatan tersebut setiap hari, sekaligus telah menjadi antara medium komunikasi utama harian.

Selain daripada perkhidmatan permesejan, WhatsApp pada suku tahun ini ingin memperkenalkan perkhidmatan panggilan suara mereka, yang mana mungkin akan memberikan sedikit sebanyak kesan kepada penggunaan perkhidmatan panggilan suara mengikut syarikat telekomunikasi.

WhatsApp telah diambil-alih oleh Facebook sebelum ini pada harga mencapai $19 bilion, yang mana telah mengejutkan ramai pengguna seluruh dunia.


TIPS & ULASAN