TAG Heuer Meridiist Infinite : Telefon Dengan Hayat Bateri Infiniti

TAG Heuer Meridiist Infinite : Telefon Dengan Hayat Bateri Infiniti

Diterbitkan pada Apr 23, 2014 oleh .

Minggu lalu kami paparkan teknologi panel termokuple yang mengubah haba tubuh kepada elektrik untuk menguasakan peranti anda. Hari ini mari lihat telefon TAG Heuer Meridiist Infinite yang didakwa TAG Heuer mampu berfungsi selama-lamanya. Kemapuan bateri yang kekal selama-lamanya ini dilakukan dengan meletakkan panel solar pada skrin telefon ini. Panel solar ini unik kerana ianya lutsinar dan diletakkan di antara lapisan LCD telefon ini sendiri. TAG Heuer Meridiist Infinite dibina dari titanium berkualiti tinggi serta gentian karbon. Selain itu ia juga dilengkapi kamera sebesar 5 Megapixel serta muatan dalaman sebesar 8 Gigabyte. Hanya 1911 unit TAG Heuer Meridiist Infinite akan dibina dan ianya akan mula dijual pada bulan Julai akan datang.

tag-heuer-solar-powered-phone-2

tag-heuer-solar-powered-phone-1-537x340Sumber TAG Heuer


TIPS & ULASAN