Cari @ Amanz

Lytro muncul di pasaran pada tahun 2012 dengan kemampuan memfokus gambar mengikut kehendak pengguna selepas ianya diambil. Kamera berbentuk empat segi ini membawakan inovasi yang kini dilihat pada peranti Samsung Galaxy S5, Nokia Lumia dan juga HTC One M8. Sungguhpun fungsi ini sudah ada pada peranti pintar terkini, ianya masih belum dapat menandingi kualiti Lytro asal. Masalahnya Lytro terlalu mahal dan mempunyai rekaan yang tidak mesra pengguna. Ianya berbentuk empat segi dan dipegang seperti sebuah teropong dan bukannya kamera. Akibatnya sambutan terhadap kamera pasca fokus ini adalah kurang memuaskan.

Hari ni Lytro memperlihatkan Illum, model terkini kamera pasca fokus mereka yang kelihatan seperti kamera konvensional. Ia mempunya sensor 40 Megaray, zoom optikal 8x  (30 – 250 mm) serta lensa f/2.0. Ia turut dilengkapi skrin sesentuh sebesar 4 inci bagi memudahkan navigasi. Pihak Lytro berharap rekaan Illum yang lebih konvensional kali ini akan membuatkan kamera paka fokus mereka ini lebih diterima penggemar seni fotografi. Anda boleh melakukan pra tempahan sekarang dan setiap Lytro Illum dijual pada harga 1499 Dollar.

lytro-illum-camera-1lytro-illum-camera-6

Sumber Lytro

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd