Huawei Menyasarkan Tahun 2020 Untuk Rangkaian 5G Sedia Digunakan

Huawei Menyasarkan Tahun 2020 Untuk Rangkaian 5G Sedia Digunakan

Diterbitkan pada Apr 23, 2014 oleh .

Dengan ramai penyedia telekomunikasi telah mula beralih kepada rangkaian 4G akhir-akhir ini, semestinya ramai yang turut telah memfokuskan kepada teknologi rangkaian akan datang, ataupun yang turut dikenali dengan nama “5G” buat masa ini.

Bercakap mengenainya, Huawei mengatakan ia masih lagi menjadi tanda tanya berkenaan apakah 5G akan bawa kelak. Piawaian untuknya masih tidak ditetapkan sepenuhnya lagi oleh industri, namun ia tidak menghentikan mereka daripada mengkaji dan membangunkan teknologi berkaitan dengannya.

Huawei Better Connected World

Menurut Huawei, mereka menyasarkan untuk menyokong lebi 1000 kali ganda kapasiti berbanding teknologi sedia ada, selain mana ingin menawarkan kepantasan sehingga 10Gbps untuk setiap pengguna melaluinya. Disamping itu, mereka juga ingin mengurangkan kadar latency melalui teknologi 5G dalam usaha untuk membawa pengalaman masa-nyata yang lebih baik.

Memandangkan ia masih lagi dalam fasa kajian dan pembangunan, tiada tarikh pasti berkenaan pelancaran teknologi tersebut dikongsikan Huawei. Namun, menurut mereka, rangkaian 5G mungkin boleh digunakan oleh produk, terminal dan juga produk menjelang tahun 2020 kelak. Untuk menjayakannya, pihak Huawei dilihat melaburkan sehingga $600 juta serta bekerjasama dengan beberapa syarikat dan institusi pendidikan untuk membangunkannya.


TIPS & ULASAN