Huawei Bakal Membangunkan Infrastruktur 4G Untuk Altel

Huawei Bakal Membangunkan Infrastruktur 4G Untuk Altel

Diterbitkan pada Apr 23, 2014 oleh .

AltelAltel merupakan salah satu syarikat telekomunikasi baru di Malaysia yang mana turut mempunyai lesen rangkaian LTE untuknya. Setelah mengumumkan kerjasama dengan pihak Celcom sebelum ini, kini dilihat Altel turut menandatangani perjanjian dengan Huawei untuk pemasangan dan pembangunan infrastruktur perkhidmatan 4G mereka.

Teknologi Huawei sedia digunakan oleh kebanyakkan syarikat telekomunikasi seluruh dunia, dan ia bukan sesuatu yang asing untuk Huawei turut dipilih oleh Altel.

Altel mengatakan mereka akan terus melabur dalam tempoh lima tahun akan datang untuk membangunkan rangkaian telekomunikasi mereka tersendiri, sekaligus menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna mereka.

Sehingga kini, Altel dikatakan mempunyai lebih kurang 20,000 pelanggan berdaftar serta 10 kedai eksklusif sekitar Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang dan juga Kedah.


TIPS & ULASAN