Google Street View Kini Turut Berfungsi Sebagai Mesin Masa – Membolehkan Lihat Rakaman Lama

Google Street View Kini Turut Berfungsi Sebagai Mesin Masa – Membolehkan Lihat Rakaman Lama

Diterbitkan pada Apr 23, 2014 oleh .

Google Street View merupakan salah satu perkhidmatan daripada Google yang merakamkan pelbagai lokasi menarik dan membolehkan pengguna melihatnya terus dari pelayar web. Hari ini, Google turut menambah sebuah fungsi baru pada perkhidmatan tersebut.

Google Street View

Melalui penambahan fungsi baru ini, Google memaparkan sebuah gambar jam kecil pada Street View, yang mana membolehkan pengguna untuk klik padanya dan lihat gambar-gambar yang pernah dirakamkan Street View sebelum ini – sejak tahun 2007. Pengguna turut disediakan dengan sebuah latar masa, dimana mereka boleh menatal untuk melihat perubahan di sesuatu lokasi – berdasarkan kepada rakaman pihak Google.

Buat masa ini fungsi ini hanya disokong pada desktop sahaja, dan semestinya salah satu perkara menarik memandangkan ia turut akan menjadi salah satu bahan sejarah yang menarik untuk rujukan generasi akan datang.


TIPS & ULASAN