Viber Hadir Dengan Rekabentuk Yang Dioptimasikan Untuk iOS 7

Viber Hadir Dengan Rekabentuk Yang Dioptimasikan Untuk iOS 7

Diterbitkan pada Apr 23, 2014 oleh .

Sejak pengenalan iOS 7, pelbagai aplikasi telah dikemaskini dengan mengintegrasikan elemen rekabentuk baru daripada Apple. Terkini, hari ini pihak Viber turut memperkenalkan kemaskini aplikasi iOS mereka dengan membawakan elemen rekabentuk yang selari untuk iOS 7.

Viber iOS7

Rekaan baru ini nampak lebih kemas berbanding sebelum ini. Disamping itu,pihak Viber turut meletakkan fokus terhadap multimedia dengan memudahkan pengguna untuk menghantar lebih daripada satu gambar atau video pada sesuatu masa.

Selain itu, fungsi Block List turut ditambah untuk menghalang menerima panggilan daripada mereka yang tidak dikehendaki melalui Viber.

Bagi para pengguna Viber di iOS, anda boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini, ataupun memuat-turunnya terus daripada AppStore.

Muat-Turun Viber untuk iOS


TIPS & ULASAN