Cari @ Amanz

UbuntuDengan pengenalan Ubuntu 14.04 tempoh hari, semestinya ramai pengguna dan pembangun telah mula bersedia dengan versi Ubuntu yang akan datang. Terkini, berkongsi mengenai nama kod versi akan datang, Mark Shuttleworth mengatakan ia akan dikenali dengan nama “Utopic Unicorn”.

Seperti sebelum ini, selain memfokuskan kepada menjadikan sistem operasi lebih pantas dan ringan, “Utopic Unicorn” juga akan turut memfokuskan kepada penggunaan Ubuntu di telefon dan juga tablet.

Penggunaan nama Ubuntu biasanya adalah gabungan nama haiwan dan juga sebuah terma tambahan. Untuk kali ini, Utopic dilihat membawakan maksud Utopia (komuniti), selain Unicorn yang membawa maksud kepada sebuah haiwan mitos.

Ubuntu 14.10 akan dilancarkan secara rasmi pada bulan Oktober 2014 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd