Cari @ Amanz

Sejak kebelakangan ni banyak sistem persenjataan fiksyen yang muncul di dalam permainan komputer mula menjadi realiti. Beberapa bulan yang lalu kami paparkan HEL MD, kenderaan bersenjata laser yang menyerupai kemampuan Prism Tank dari Red Alert 2. Ianya digunakan untuk memusnahkan misil dan mortar yang ditempat oleh musuh semasa ia masih terbang diudara. Hari ini mari kita lihat sebuah lagi senjata fiksyen yang semakin hampir mempunyai versi realitinya sendiri.

wdwadaw

Striker VX ialah kenderaan boleh ubah seperti Transformers yang muncul di dalam permainan Red Alert 3. Unit untuk pasukan Empire of The Rising Sun ini mempunyai mod helikopter dan kenderaan darat. Black Knight ialah sebuah kenderaan membawa infantri beroda yang mampu berubah menjadi sebuah helikopter. Bentuk Black Knight mungkin berbeza dari Striker VX tetapi kemampuannya adalah serupa. Black Knight buatan syarikat Advanced Tactics adalah salah satu daripada projek menghasilkan kenderaan infantri yang mampu terbang secara menegak apabila perlu untuk kegunaan tentera Amerika Syarikat di masa hadapan. Kenderaan sebegini diperlukan kerana kenderaan berkemampuan melakukan lebih dari satu tugasan adalah lebih menjimatkan kos di samping mampu menyelamatkan nyawa. Tentera Amerika menyedari kenderaan seperti Humvee tidak mampu melarikan diri dari musuh apabila diserang hendak. Bantuan dari udara pula mengambil masa yang lama. Kenderaan hibrid darat dan udara diharap dapat memastikan tentera yang terperangkap di dalam kenderaan rondaan dapat terbang semula ke kem apabila keadaan menjadi genting.

Kami berharap ada juga usaha untuk menjadikan unit Tanya, Hacker dan Kirov menjadi realiti. Hacker akan memastikan duit negara sentiasa naik RM 10 setiap saat. Kirov pula perlu wujud kerana kenderaan belon udara helium kelihatan menarik di angkasa manakala Tanya pula adalah penyedap mata memandang. Apakah pendapat anda tentang Black Knight dan apakah unit fiksyen dari siri Command and Conquer harus dijadikan realiti?

Black-Knight-Transformer fig1-sm

Sumber Advanced Tactics

 

 

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd