Sony Menerbitkan Aplikasi “Background Defocus” Pada Play Store

Sony Menerbitkan Aplikasi “Background Defocus” Pada Play Store

Diterbitkan pada Apr 24, 2014 oleh .

Sony Background DefocusSelain beberapa aplikasi yang sedia diterbitkan di PlayStore oleh Sony sebelum ini, hari ini mereka menambahnya dengan turut menerbitkan sebuah aplikasi baru, dinamakan sebagai Background Defocus.

Menggunakan aplikasi ini, ia membolehkan pengguna membuat rakaman gambar, dan mengimplementasikan latar yang kabur menggunakannya. Secara kasarnya ia boleh dikatakan sebagai antara fungsi yang turut hadir bersama-sama HTC One M8, Galaxy S5, dan juga turut diperkenalkan melalui aplikasi Google Camera baru-baru ini.

Apa pun, untuk menggunakan aplikasi ini, pengguna memerlukan aplikasi Xperia. Kami telah mengujinya menggunakan Xperia Z1, dan boleh digunakan tanpa sebarang masalah padanya.

Muat-Turun Background Defocus untuk Xperia


TIPS & ULASAN