Cari @ Amanz

Beberapa minggu yang lepas, kita sedia melihat beberapa paparan skrin untuk BlackBerry OS 10.3.1 tertiris ke arena web, memperlihatkan beberapa perubahan termasuk rekaan yang lebih “mendatar” – seperti trend rekaan antaramuka akhir-akhir ini.

BlackBerry 10.3

Pihak BlackBerry dijangka akan memperkenalkan SDK untuk sistem operasi versi baru ini sekitar bulan Mei ini, sebelum ia diperkenalkan kepada para pengguna umum sekitar penghujung tahun ini.

BlackBerry 10.3 secara kasarnya dilihat menyertakan perubahan daripada penggunaan elemen rekaan yang lebih “mendatar”, tiada lagi kotak berwarna gelap di sebalik ikon, selain beberapa perubahan dan penambahan sokongan pada aplikasi kamera.

Pada masa yang sama, BlackBerry juga dilihat akan menamatkan sokongan untuk Adobe Air pada kemaskini baru ini kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd