Facebook Membeli Aplikasi Memfokuskan Kecergasan – Moves

Facebook Membeli Aplikasi Memfokuskan Kecergasan – Moves

Diterbitkan pada Apr 24, 2014 oleh .

MovesFacebook meneruskan pengambil-alihan dan penambahan pelbagai jenis protfolio menarik dibawah mereka. Terkini, hari ini ia dilihat mereka telah membeli syarikat disebalik aplikasi pemantauan data kecergasan untuk Android dan iOS, iaitu Moves.

Bagi yang tidak pernah menggunakan Moves, ia membolehkan pengguna mengumpulkan data berkaitan seperti ketika berjalan, berbasikal, dan pelbagai gerakan lain. Untuk mengumpulkan data, aplikasi ini menggunakan beberapa sensor terbina pada peranti, sekaligus tidak memerlukan sebarang aksesori tambahan untuk menggunakannya.

Walaupun telah diambil-alih, aplikasi Moves dilihat akan terus ditawarkan secara berasingan. Perkara ini bukan sesuatu yang baru, dimana Facebook telah melakukannya pada Instagram dan WhatsApp sebelum ini.

Ia tidak diketahui lagi bagaimanakah Facebook akan mengintegrasikan Moves pada platform mereka buat masa ini. Mungkinkah dengan pengambil-alihan ini, Facebook akan turut memfokuskan kepada fungsi berkaitan kecergasan dan kesihatan pada platform sosial mereka?


TIPS & ULASAN