Vic Gundotra, Ketua Google+ Meninggalkan Syarikat

Vic Gundotra, Ketua Google+ Meninggalkan Syarikat

Diterbitkan pada Apr 25, 2014 oleh .

Vic GundotraBagi anda yang biasa melihat acara melibatkan Google+, mungkin nama Vic Gundotra bukan sesuatu yang baru. Agak mengejutkan apabila hari ini beliau mengumumkan akan meninggalkan Google.

Vic Gundotra sebelum ini telah menyertai Google sejak lapan tahun yang lepas, dimana di Google, beberapa perkara telah dilakukan beliau – daripada memulakan acara Google I/O, bertanggungjawab untuk aplikasi mudah-alih Google, sehinggalah kepada pembangunan Google+.

Vic mengatakan beliau ingin mencuba sesuatu yang baru selepas meninggalkan Google.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi siapakah akan menggantikan beliau untuk mengetuai pembangunan laman sosial Google tersebut.

Boleh dikatakan sejak diperkenalkan, Google+ telah berubah sedikit demi sedikit, dan kini mempunyai penggunanya yang tersendiri. Mungkinkah perubahan pentadbiran ini akan memberikan kesan kepada Google+?


TIPS & ULASAN