Cari @ Amanz

Opera Software sebelum ini telah memperkenalkan pelayar web Opera Coast khusus untuk pengguna iPad. Kini, ia turut diperluaskan kepada platform iPhone, sekaligus menawarkan pengguna telefon pintar Apple untuk menggunakan pelayar web yang dilengkapi sokongan gesture tersebut.

Opera Coast

Opera sedia mempunyai kelebihan dalam penawaran pelayar web untuk peranti mudah-alih, dan melalui Opera Coast, mereka dilihat ingin menawarkan pengguna platform iOS sesuatu yang menarik, kemas dan mudah untuk digunakan.

Memandangkan ia bergantung sepenuhnya kepada penggunaan gesture, maka tiada banyak butang yang disediakan, sekaligus menawarkan pengalaman pelayaran web yang menarik menggunakan peranti mudah-alih.

Opera Coast ini turut menawarkan sokongan Speed Dial dan sebagainya seperti pelayar web mudah-alih Opera yang lain, selain boleh turut melihat beberapa laman menarik untuk dilayari berdasarkan cadangan pihak Opera, dan beberapa perkara lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd