Cari @ Amanz

Perkhidmatan bookmark seperti Pinterest merupakan antara perkhidmatan yang semakin popular dari hari ke hari. Tetapi bagaimana sekiranya fungsi seumpamanya terus hadir terbina pada pelayar web anda.

Google Stars

Google dilihat kini sedang menguji sebuah fungsi baru pada pelayar web Chrome mereka, dinamakan sebagai Google Start. Ia dikatakan masih pada peringkat awal pembangunan, membolehkan pengguna untuk menandakan pelbagai perkara di web, dan seterusnya mengaksesnya dengan mudah dari satu lokasi.

Ia dikatakan semua “Stars” akan dilabelkan sebagai peribadi, kecuali sekiranya seseorang pengguna ingin berkongsi ia dengan rakan-rakan mereka yang lain.

Google tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengannya, dan tidak diketahui lagi bilakah fungsi ini akan diperkenalkan secara rasmi.

Mungkinkah Google Stars ini akan memberikan saingan kepada Pinterest dan juga Pocket?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd