Bahagian Peranti Dan Perkhidmatan Nokia Kini Milik Microsoft Secara Rasminya

Bahagian Peranti Dan Perkhidmatan Nokia Kini Milik Microsoft Secara Rasminya

Diterbitkan pada Apr 25, 2014 oleh .

Setelah melalui fasa pengambil-alihan, hari ini bahagian peranti dan perkhidmatan Nokia yang sedia dikenali ramai telah menjadi milik penuh Microsoft. Sebelum ini, Microsoft telah mengumumkan akan mengambil-alih bahagian peranti Nokia pada harga mencapai RM23.76 bilion.

Microsoft Nokia

Menurut Microsoft, dengan menjadi satu, Nokia membawa kepakaran dan aset mereka dalam membawa transformasi, sekaligus membolehkan usaha Microsoft dalam terus hadir dengan pelbagai inovasi menarik dalam arena peranti mudah-alih.

Perkara ini juga sekaligus menyaksikan bekas CEO Nokia, Stephen Elop untuk melihat dan menguruskan bahagian Microsoft Devices Group, yang mana melibatkan telefon pintar Lumia, tablet, telefon Nokia, Xbox, Surface, Perceptive Pixel, dan aksesori lain.

Sama-sama kita nantikan apakah yang akan dibawakan oleh Microsoft Devices Group selepas ini.


TIPS & ULASAN