Cari @ Amanz

Google Now merupakan salah satu fungsi pada Android yang membolehkan pengguna membuat carian menggunakan arahan suara dan melihat pelbagai data menarik dengan mudah. Sehingga kini, ia hanya boleh diakses melalui kotak carian Google dan juga halaman utamanya sahaja.

Apa pun, pada kemaskini Android akan datang, ia dijangka akan berubah, membolehkan pengguna membuat kawalan, walaupun menerusi didalam aplikasi.

Google Now Anywhere

Menggunakannya, sebagai contoh, daripada Galeri, pengguna boleh membuat arahan suara untuk berkongsi sesuatu gambar dengan mudah, tanpa perlu menekan butang dan sebagainya. Ia juga dilihat sebagai salah satu fungsi yang menjadi pelengkap kepada Android Wear sebelum ini.

Selain daripada itu, pihak Google juga dilihat seperti ingin memperkenalkan perubahan pada butang menu, namun ia berkemungkinan sekadar ujian awal sahaja, dan mungkin masih dalam perbincangan untuk diimplementasikan ataupun sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd