Apple hari ini telah memulakan sebuah program gantian butang kuasa iPhone yang bermasalah, terutamanya untuk model iPhone 5 yang dikeluarkan sehingga Mac 2013 lepas.
Apple mengatakan program ini adalah untuk menggantikan butang kuasa pada iPhone 5 yang mengalami masalah – sama ada tidak berfungsi sepenuhnya ataupun berfungsi tanpa konsisten.
Untuk tujuan ini, Apple menyediakan sebuah halaman sokongan khusus, membolehkan pengguna menyemak sama ada model iPhone 5 mereka terlibat ataupun sebaliknya. Pengguna hanya perlu memasukkan nombor model mereka, dan ia akan memaparkan sama ada anda layak untuk program gantian butang kuasa ini ataupun sebaliknya.
Daripada halaman khusus yang disediakan oleh Apple juga, ia diketahui proses ini akan ditawarkan di Malaysia bermula 2 Mei 2014 kelak, dan pengguna perlu membawa iPhone 5 mereka yang bermasalah tersebut kepada pengedar Apple terpilih untuk digantikan semula butang kuasanya.