JUMPR : Powerbank Untuk Peranti Pintar Dan Juga Enjin Kereta

JUMPR : Powerbank Untuk Peranti Pintar Dan Juga Enjin Kereta

Diterbitkan pada Apr 27, 2014 oleh .

Kami pernah paparkan Bolt ,powerbank merangkap pengecas peranti pintar anda. Kami juga ada paparkan powerbank untuk komputer riba MacBook anda. Tetapi hari ini kami rasa kami menemui raja segala powerbank yang diberi nama Jumpr. Powerbank berkapasiti 6000 mAh ini bukan sahaja mampu mengecas kesemua peranti pintar mudah alih anda tetapi juga mampu menghidupkan semula kereta anda apabila baterinya mati. Paling menakjubkan produk  ini mempunyai saiz yang kecil (panjang 5.5″) dan mudah dibawa kemana-mana. Ianya juga hanya seberat 198 gram dan ini lebih ringan dari sebuah Xperia Z Ultra.

Jumpr dibangunkan oleh JunoPower yang berpengkalan di Amerika Syarikat. Menurut mereka Jumpr mampu menghidupkan semula kereta dengan 4 ataupun 6 injap tanpa sebarang masalah. Ia juga turut mempunyai lampu suluh LED terbina yang boleh digunakan ketika kecemasan pada waktu malam.  Ianya bakal memasuki pasaran bulan hadapan pada harga 70  Dollar dan kami harus akui kami perlukan Jumpr untuk saat-saat kecemasan peranti pintar dan juga kereta tidak terlalu pintar kami.

425570-jumpr

Sumber Jumpr JunoPower


TIPS & ULASAN