Fungsi YouTube Mix Kini Boleh Digunakan Pengguna Android

Fungsi YouTube Mix Kini Boleh Digunakan Pengguna Android

Diterbitkan pada Apr 28, 2014 oleh .

Google baru-baru ini telah memperkenalkan kemaskini aplikasi YouTube untuk Android, dimana bersama-sama dengannya beberapa perkara baru hadir, termasuk fungsi yang dinantikan ramai pengguna peranti mudah-alih – YouTube Mix.

Bagi yang tidak mengenali akan YouTube Mix, ia merupakan salah satu fungsi yang memperlihatkan playlist yang dihasilkan secara automatik untuk sesuatu artis. Untuk mengaksesnya, pengguna hanya perlu membuat carian nama artis, dan ia akan memaparkan pilihan YouTube Mix pada hasil carian.

YouTube Mix Android

Sekiranya pengguna klik pada YouTube Mix, ia akan memainkan koleksi lagu artis tersebut daripada pelbagai saluran secara rawak, sekaligus membolehkan pengguna menikmati lagu dari seseorang artis itu dengan mudah.

Bagi pengguna Android yang ingin menikmati fungsi ini, anda hanya perlu mengemaskini aplikasi YouTube anda, dan boleh mengaksesnya dengan mudah.

Muat-Turun YouTube untuk Android


TIPS & ULASAN