Coqoon : Bantal Untuk Tablet

Coqoon : Bantal Untuk Tablet

Diterbitkan pada Apr 28, 2014 oleh .

Pasaran tablet semakin berkembang dan dengan mudah melangkaui jumlah jualan komputer peribadi. Tablet 10″ adalah lebih mudah digunakan untuk melayari laman sesawang dan menonton video YouTube berbanding sebuah komputer riba. Adalah kebiasaan sekarang melihat sekurang-kurangnya satu tablet di setiap rumah.  Coqoon ialah bantal dengan tempat meletak tablet terbina. Ini memudahkan anda menggunakan tablet  ketika duduk di atas kerusi atau bersandar di atas sofa. Ianya juga boleh berfungsi sebagai “beg udara” sekiranya tablet terjatuh ke atas lantai. Katakan selamat tinggal kepada tangan lenguh ketika menggunakan tablet kegemaran anda.

coqoon-tablet-pillow-designboom01

coqoon-tablet-pillow-designboom03

Sumber Coqoon

 


TIPS & ULASAN