Spesifikasi Huawei Ascend P7 Tertiris – Akan Dilancarkan Minggu Hadapan

Spesifikasi Huawei Ascend P7 Tertiris – Akan Dilancarkan Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Apr 28, 2014 oleh .

Keluarga Ascend P daripada Huawei merupakan salah satu keluarga peranti yang dinantikan ramai. Untuk tahun ini, mereka bakal memperkenalkan Ascend P7, dan kini spesifikasi yang akan dibawakan oleh peranti tersebut dilihat telah tertiris ke arena web.

Menurut @evleaks, peranti ini bakal menyertakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan 1080p, cip pemprosesan empat-teras 1.8GHz Cortex-A9, kamera belakang 13-megapixel dan juga kamera hadapan 5-megapixel.

Ia turut dikatakan yang mana rekabentuk peranti tersebut tidak jauh berbeza dengan Ascend P6 sebelum ini.

Pihak Huawei bakal memperkenalkan telefon pintar ini secara rasmi pada minggu hadapan – 7 Mei. Sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang disediakan oleh pihak Huawei melalui peranti ini.


TIPS & ULASAN