Huawei Malaysia Akan Melancarkan Honor 3C Dan VMall Esok

Huawei Malaysia Akan Melancarkan Honor 3C Dan VMall Esok

Diterbitkan pada Apr 28, 2014 oleh .

Sejak minggu lepas, pihak Huawei Malaysia telah mula mempromosikan telefon pintar baru mereka, Honor 3C untuk pasaran Malaysia. Kini, ia diketahui yang mana peranti tersebut akan dilancarkan secara rasmi untuk pasaran tempatan esok.

Huawei Honor 3C

Huawei Honor 3C

Huawei Honor 3C membawakan kuasa pemprosesan 1.3GHz empat-teras, memori 2GB RAM, kamera hadapan 5-megapixel serta kamera hadapan 8-megapixel. Peranti ini membawakan skrin bersaiz 5-inci bersama-sama dengannya, dan harga jualan dijangka kurang daripada RM600.

Selain daripada peranti Honor 3C, pihak Huawei turut dijangka akan memperkenalkan laman edagang mereka yang tersendiri, dinamakan sebagai VMall dalam usaha memudahkan pengguna mendapatkan peranti dan aksesori daripada mereka dengan mudah.

Seperti biasa, kami akan membawakan perkembangan berkaitan dengannya secara langsung esok.


TIPS & ULASAN