HP Bakal Hadir Dengan Komputer Riba Berasaskan Android – HP Slatebook 14

HP Bakal Hadir Dengan Komputer Riba Berasaskan Android – HP Slatebook 14

Diterbitkan pada Apr 28, 2014 oleh .

Selain peranti mudah-alih, nampaknya pihak HP ingin terus meluaskan platform Android dalam bentuk PC. Sebelum ini, pihak HP telah sedia melancarkan Slate 21 yang menyerupai desktop AIO dan kini, syarikat gergasi ini dikatakan bakal hadir dengan peranti Android dalam bentuk komputer riba – melalui HP Slatebook 14.

hp-slatebook-14

Dalam sebuah video rahsia yang tertiris melalui laman HP, Slatebook 14 bakal didatangkan dengan skrin 14-inci 1080p bersama sokongan skrin sentuh, cip pemprosesan empat-teras Nvidia Tegra 4, RAM sebesar 2GB, 3 sambungan port USB, dan satu sambungan HDMI.

slatebook-14

Dari segi sistem operasi, kami menjangkakan ia bakal menjalankan Android 4.2 atau 4.3 dengan merujuk kepada paparan app drawer pada video yang tertiris.

Menariknya, peranti ini turut hadir bersama sistem penataan bunyi Beats Audio selain turut didatangkan dengan slot SIM untuk kebolehan selular padanya.

hp-slatebook-14-2

Namun tiada sebarang info mengenai harga dan tarikh jualan yang dikongsikan dan mungkin kita bakal dapat melihat peranti ini diumumkan dalam suku kedua tahun ini.


TIPS & ULASAN