Mozilla Firefox 29 Dilancarkan Secara Rasmi – Hadir Dengan Antaramuka Australis

Mozilla Firefox 29 Dilancarkan Secara Rasmi – Hadir Dengan Antaramuka Australis

Diterbitkan pada Apr 29, 2014 oleh .

Mozilla boleh dikatakan aktif dalam memperkenalkan kemaskini untuk Firefox dan selang sebulan selepas pelancaran Firefox 28, ia dilihat pihak Mozilla telah sedia untuk melancarkan versi seterusnya. Setelah melalui fasa beta sebelum ini, Mozilla hari ini secara rasminya telah melancarkan pelayar web Firefox 29 untuk pengguna desktop.

Firefox 29 membawakan beberapa kemaskini di belakang tabir seperti penambahbaikan dari segi prestasi selain memperkenalkan antaramuka “Australis” yang serba baru melalui versi ini.

Firefox 29 Beta

Pihak Mozilla juga turut menghadirkan fungsi sync melalui Firefox 29 yang membolehkan pengguna sync maklumat pelayaran web seperti bookmarks, history dan login info melalui akaun Firefox. Melalui fungsi ini, ia memudahkan info diselaraskan kepada semua peranti dengan hanya membuat log masuk menggunakan satu akaun sahaja.

Turut tidak ketinggalan, Mozilla Firefox 29 juga turut membolehkan pengguna kini mendapatkan suggestion daripada Bing apabila pengguna melancarkan fungsi carian.

Mozilla Firefox 29 boleh dimuat-turun oleh semua pengguna desktop melalui pautan di bawah.

Muat-turun: Mozilla Firefox 29 untuk Windows


Muat-turun: Mozilla Firefox 29 untuk Mac


Muat-turun: Mozilla Firefox 29 untuk Linux


TIPS & ULASAN