Cari @ Amanz

Huawei Malaysia hari ini secara rasminya telah melancarkan salah satu telefon pintar terbaru untuk pasaran Malaysia, iaitu Huawei Honor 3C. Menariknya mengenai peranti ini adalah ia membawakan spesifikasi telefon yang agak baik, dan menawarkannya pada harga hanya RM499.

Huawei Honor 3C

Huawei Honor 3C

Huawei Honor 3C membawakan cip pemprosesan empat-teras 1.3GHz Mediatek , dilengkapi memori 2GB RAM, skrin bersaiz 5-inci, serta menyertakan kamera belakang 8-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel.Disamping itu ia juga mempunyai sokongan dwi-sim dan kad MikroSD.

Bersama-sama dengan pengenalan Huawei Honor 3C, pihak Huawei turut melancarkan VMall Malaysia, yang mana merupakan kedai atas-talian untuk produk-produk Huawei.

Pengguna yang berminat boleh membuat tempahan untuk Honor 3C di laman VMall secara rasmi bermula hari ini. Huawei

Pihak Huawei juga turut mengatakan mereka merancang untuk membuka sehingga 100 kedai konsep yang menjual pelbagai produk Huawei di Malaysia tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd