Samsung Dan Twitter Membawakan Aplikasi Vine Yang Dioptimasikan Untuk Galaxy K Zoom

Samsung Dan Twitter Membawakan Aplikasi Vine Yang Dioptimasikan Untuk Galaxy K Zoom

Diterbitkan pada Apr 29, 2014 oleh .

Bersama-sama dengan pengumuman Galaxy K Zoom, pihak Samsung turut berkongsi pentas dengan pihak Twitter dalam mengumumkan kerjasama untuk membawa sebuah aplikasi Vine yang dioptimasikan untuk Galaxy K Zoom.

Samsung Twitter

Untuk makluman, Vine merupakan salah satu aplikasi daripada pihak Twitter yang membolehkan pengguna berkongsi video selama 6 saat melaluinya. Menggunakan aplikasi yang dioptimasikan ini, ia membolehkan pengguna menggunakan kelebihan kamera pada peranti ini.

Bercakap mengenai kerjasama dengan Twitter, ia bukanlah sesuatu yang baru, memandangkan mereka pernah hadir dengan aplikasi Twitter yang dioptimasikan untuk Galaxy Tab sebelum ini.


TIPS & ULASAN