Apple Mengemaskini Harga Macbook Air – Spesifikasi Dikemaskini, Murah RM100

Apple Mengemaskini Harga Macbook Air – Spesifikasi Dikemaskini, Murah RM100

Diterbitkan pada Apr 29, 2014 oleh .

Apple hari ini telah mengemaskini harga jualan Macbook Air mereka di Malaysia, dimana ia membawakan potongan harga sebanyak RM100 untuk semua model (kecual 13-inci 128GB). Bersama-sama dengan kemaskini harga, Macbook Air juga turut dikemaskini dengan cip yang lebih baru.

Macbook

Model versi asas, Macbook Air 11-inci 128GB kini dijual pada harga RM2899, dan dilihat membawakan cip pemprosesan Intel Core i5 1.4GHz. Sebelum ini, model versi asas menggunakan Intel Core i5 1.3GHz, dan berharga lebih RM100 berbanding harga sekarang.

Bersama-sama kemaskini ini, selain menawarkan kuasa pemprosesan lebih tinggi, ia juga turut dilengkapi dengan masa bertahan bateri yang lebih baik berbanding kebanyakkan model komputer riba lain.

Bagi anda yang menantikan penurunan harga untuk Macbook Air sebelum ini, mungkin ini masanya untuk mendapatkan komputer riba yang digemari anda itu.


TIPS & ULASAN