Acer Memperkenalkan Dua Tablet Android Bersaiz 7-inci

Acer Memperkenalkan Dua Tablet Android Bersaiz 7-inci

Diterbitkan pada Apr 30, 2014 oleh .

Acer hari ini memperkenalkan beberapa peranti baru daripada mereka, bermula dengan tablet Android bersaiz 7-inci daripada mereka, iaitu Iconia One 7 dan juga Iconia Tab 7.

Acer Iconia One 7

Acer Iconia One 7 hadir dengan cip pemprosesan Intel Atom Z2560, dan ditawarkan dalam pilihan 10 warna berbeza. Menurut Acer, ia menawarkan masa penggunaan bateri sehingga 7 jam. Tablet ini turut dilengkapi dengan memori 1GB RAM, kamera belakang 5-megapixel, serta menggunakan Android 4.2 Jelly Bean.

Acer Iconia Tab 7

Selain Iconia One 7, pihak Acer turut hadir dengan Acer Iconia Tab 7. Membezakannya, Iconia Tab 7 membawakan sokongan telefoni, selain menggunakan cip MediaTek MT8382. Iconia Tab 7 versi baru ini dijangka akan ditawarkan dalam dua pilihan resolusi skrin dan dua pilihan ruangan storan. Ia turut dilengkapi kamera belakang 5-megapixel, dan kamera hadapan 2-megapixel.

Kedua-dua peranti ini menjalankan Android 4.2 Jelly Bean, dan pihak Acer mengatakan kemaskini Android 4.4 akan hadir untuknya.

Tarikh pelancaran tempatan untuk kedua-dua tablet ini masih tidak diketahui lagi buat masa ini.


TIPS & ULASAN