Aplikasi Spotify Dengan Antaramuka Baru Sedia Dimuat-Turun Untuk Pengguna Android

Aplikasi Spotify Dengan Antaramuka Baru Sedia Dimuat-Turun Untuk Pengguna Android

Diterbitkan pada Apr 30, 2014 oleh .

Pihak Spotify sebelum ini telah memperkenalkan antaramuka baru secara berperingkat bermula dengan Spotify Web Player, Spotify untuk iOS, dan juga Spotify untuk desktop. Kini, pihak Spotify turut memperluaskan antaramuka baru ini kepada semua pengguna Android.

Spotify untuk Android didatangkan dengan antaramuka baru yang hadir dengan paparan grafik dan typografi yang diperbaharui sekaligus menjadikan ia kelihatan lebih minimalis berbanding sebelum ini.

Spotify Android Baru

Kemaskini baru ini juga turut menampilkan beberapa fungsi seperti “Your Music” yang menempatkan muzik kegemaran pengguna pada satu tempat selain fungsi “Browse” yang membenarkan pengguna mendapatkan muzik yang relevan dengan sesuatu tempat dan masa.

Namun buat masa ini, kemaskini Spotify melalui Play Store dikatakan akan hadir dalam masa terdekat dan bagi yang ingin mendapatkannya secara manual, boleh memuat-turun fail pemasangan .apk melalui pautan di bawah.

Muat-turun: Fail Pemasangan .APK Spotify untuk Android


TIPS & ULASAN