Cari @ Amanz

Syarikat automotif Honda sudah menghasilkan kenderaan bermotor sejak 1959 bermula dengan menjual motosikal. Sejak dari hari itu syarikat pengeluar kenderaan ke-8 terbesar dunia ini kini sudah menceburi bidang aeronautik, perkapalan, robotik dan juga alatan pertanian. Kini mereka menceburi bidang rekaan rumah pintar pula dengan pembinaan rumah konsep pintar mereka di California. Ianya dibina di dalam kampus University of California Davis untuk melihat sama ada rumah pintar mesra alam ciptaan mereka boleh dikomersialkan. Rekaan rumah pintar ini adalah sinergi dengan program kenderaan hibrid mereka. Honda sudah mengeluarkan kenderaan hibrid sejak 1999 selepas melihat kejayaan kenderaan hibrid keluaran Toyota dua tahun sebelumnya. Rumah yang wujud sekarang tidak direka untuk mesra pemilik kenderaan hibrid apakan lagi mesra alam.

3028646-slide-hondasmarthomerendering2

Honda melihat terdapat pasaran untuk rumah pintar mesra alam dalam jangka masa terdekat. Rumah pintar ini bukan sahaja dapat mengecas kenderaan hibrid anda tetapi menggunakan tenaga elektrik yang tersimpan di dalam kereta anda apabila perlu. Rumah dua tingkat ini turut dilengkapi panel solar yang mampu menghasilkan 9.5 kilowatt tenaga elektrik dan secara teorinya menghasilkan lebih banyak tenaga elektrik dari apa yang diperlukan pemilik. Tenaga elektrik yang tersimpan kemudiannya boleh dijual semula kepada pembekal elektrik konvensional sekiranya perlu. Selain itu laman rumah pintar Honda ini mempunyai sistem tadahan dan saringan airnya sendiri. Ini bermakna rumah ini bukan sahaja mesra alam tetapi mampu membekalkan kesemua keperluan air/elektrik pemiliknya. Tahap simpanan elektrik dan kesemua peranti di rumah boleh dikawal oleh menggunakan aplikasi Honda Smart Home menggunakan peranti pintar pemilik. Rumah sebegini harus ada di Selangor. Kami yakin penghuni di Selangor sudah hilang sabar dengan catuan air yang sudah sebulan lamanya.

23

3028646-slide-2-honda-smart-home-us53333797b44ffw1000

Sumber Honda Smart Home

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd