LG G3 Bakal Dilancarkan Pada 28 Mei 2014

LG G3 Bakal Dilancarkan Pada 28 Mei 2014

Diterbitkan pada Apr 30, 2014 oleh .

Selain peranti seperti Samsung Galaxy S5, HTC One M8, dan Sony Xperia Z2, satu lagi peranti berspesifikasi tinggi yang dinantikan ramai adalah daripada pihak LG, iaitu LG G3.

Daripada jemputan kepada media antarabangsa yang telah mula dihantar mulai hari ini, ia dilihat pihak LG akan melancarkan telefon pintar mereka yang terbaru itu pada 28 Mei ini.

Beberapa gambar LG G3 telah tertiris sebelum ini, memperlihatkan sedikit perubahan pada butang kawalan bahagian belakang, selain daripada penggunaan antaramuka baru pada telefon pintar LG.

LG juga dilihat akan mengadakan acara pelancaran mereka di Singapura kelak. Apa pun, ia tidak diketahui sama ada ia akan dilancarkan di Malaysia ataupun sebaliknya memandangkan beberapa telefon pintar daripada LG sebelum ini masih belum dilancarkan untuk pasaran tempatan sehingga kini.


TIPS & ULASAN