Yahoo! Mail Untuk iPhone Menyertakan Carian Kontekstual Dan Yahoo! News

Yahoo! Mail Untuk iPhone Menyertakan Carian Kontekstual Dan Yahoo! News

Diterbitkan pada Apr 30, 2014 oleh .

Yahoo! hari ini mengemaskini aplikasi Yahoo! Mail untuk iPhone mereka, dimana selain daripada hanya menyertakan sokongan mengakses emel sahaja, ia juga turut dikemaskini dengan beberapa fungsi tambahan.

Yahoo! Mail

Yahoo! Mail kini sebanyak tiga tab berbeza, dimana tab utama memperlihatkan emel mereka seperti biasa, selain tab kedua yang memperlihatkan berita harian daripada Yahoo! News.

Tab ketiga pula dilihat menyertakan sokongan carian, membolehkan pengguna membuat carian dengan mudah, dan melihat keputusan carian dalam bentuk seumpama Google Now.

Pengenalan fungsi baru ini dilihat akan mengambil masa beberapa minggu. Ia jangka akan diperkenalkan kepada pengguna di Amerika Syarikat terlebih dahulu, dan mungkin akan mengambil sedikit masa sebelum diperkenalkan kepada pengguna tempatan.

Muat-Turun YahoO! Mail untuk iOS


TIPS & ULASAN