Maxis Menawarkan Rebat Sehingga RM750 Untuk Tukar iPhone 4, 4S, Galaxy S3, Note 2 Ke iPhone 5S

Maxis Menawarkan Rebat Sehingga RM750 Untuk Tukar iPhone 4, 4S, Galaxy S3, Note 2 Ke iPhone 5S

Diterbitkan pada Apr 30, 2014 oleh .

Bercadang untuk mengubah peranti lama anda, sama ada iPhone 4, iPhone 4S, Samsung Galaxy S3, atau Samsung Galaxy Note 2 kepada iPhone 5S? Ia dilihat kini Maxis menyediakan sebuah program khas untuk membolehkan anda mendapatkan rebat apabila ingin menaik-taraf peranti anda.

Daripada apa yang dikongsikan pihak Maxis, mereka menawarkan rebat sehingga RM750 untuk iPhone 4S atau Galaxy Note 2, sementara rebat sehingga RM500 untuk iPhone 4 dan Galaxy S3.

Apa pun, peranti tersebut hendaklah berfungsi dengan lancar ketika ingin tukar-ganti kepada iPhone 5s, dan pengguna dikehendaki melanggan kepada pakej iValue 1, 2, atau 3 dengan komitmen selama 24-bulan.

Layari : Maxis Tradeup


TIPS & ULASAN