Aplikasi Google Docs Dan Sheets Turut Diperkenalkan Untuk Pengguna Android

Aplikasi Google Docs Dan Sheets Turut Diperkenalkan Untuk Pengguna Android

Diterbitkan pada Mei 1, 2014 oleh .

Google DocsSelain daripada versi iOS, ia dilihat pihak Google turut telah menerbitkan aplikasi Google Sheets dan juga Google Docs mereka untuk pengguna Android.

Menggunakan aplikasi berkenaan, pengguna boleh membuat carian dokumen sedia ada di akaun Google Drive mereka, disamping membuat dokumen baru ataupun membuat penyuntingan dengan pantas menggunakannya.

Apabila mengakses sesuatu aplikasi juga, ia turut memperlihatkan dokumen terakhir yang disunting dan diakses, sekaligus memudahkan lagi kerja anda untuk mencari dokumen menggunakan telefon pintar atau tablet anda.

Selain daripada itu, kedua-dua aplikasi ini turut menyokong penyuntingan tanpa akses internet, memudahkan anda membuat tugasan di pelbagai lokasi, termasuk ketika dalam penerbangan.

Google Docs dan Google Sheets boleh dimuat-turun daripada Play Store hari ini, dan pihak Google turut mengatakan Google Slides akan hadir tidak lama lagi.

Muat-Turun Google Docs untuk Android

Muat-Turun Google Sheets untuk Android


TIPS & ULASAN