Facebook Mengumumkan App Links – Piawaian Untuk Pautan Antara Aplikasi

Facebook Mengumumkan App Links – Piawaian Untuk Pautan Antara Aplikasi

Diterbitkan pada Mei 1, 2014 oleh .

Pada web, kita boleh klik sesuatu pautan dan ia membawa ke web yang lain. Namun, untuk aplikasi mudah-alih, ia tidak berfungsi seperti itu, dan agak sukar untuk pengguna mengakses data yang berkaitan pada aplikasi lain. Untuk mengatasi perkara ini, pihak Facebook hari ini mengumumkan App Links.

AppLinks

App Links dikatakan sebagai sebuah piawaian baru dalam usaha untuk membolehkan pembangun memasukkan kod dan membuat pautan antara aplikasi lain.

Facebook mengatakan pembangun hanya perlu memasukkan sedikit kod sahaja dalam usaha memudahkan kandungan mereka diakses oleh aplikasi lain.

Untuk menjayakan App Links juga, pihak Facebook hari ini mengumumkan beberapa rakan kerjasama yang sedia menyokongnya, termasuk Spotify, Mailbox, Flickr, Goodreads, dan semestinya aplikasi Facebook sendiri.

Layari : AppLinks


TIPS & ULASAN