Motorola, kini selepas dijual kepada Lenovo, bakal memperkenalkan telefon pintar baru mereka, pada sebuah acara khas yang dijadualkan untuk diadakan pada 13 Mei ini di London.
Mengikut jemputan yang dihantar kepada media antarabangsa, Motorola mengatakan ia dibina untuk bertahan lama, disamping membawakan tanda harga yang bersesuaian untuk semua.
Ia tidak diketahui lagi apakah peranti yang akan diumumkan oleh Motorola pada acara berkenaan. Mengikut beberapa desas-desus sebelum ini, Motorola dikatakan sedang membangunkan beberapa telefon pintar baru, termasuk Moto X+1 dan juga Moto E.
Sama-sama kita nantikan apakah yang akan diumumkan oleh Motorola pada acara berkenaan dalam dua minggu lagi.