Aplikasi Reading List Diterbitkan Untuk Pengguna Windows Phone 8.1

Aplikasi Reading List Diterbitkan Untuk Pengguna Windows Phone 8.1

Diterbitkan pada Mei 1, 2014 oleh .

Reading List merupakan salah satu aplikasi yang ditawarkan oleh Microsoft untuk pengguna Windows. Menariknya, selain daripada digunakan pada tablet dan komputer, hari ini Microsoft turut memperkenalkannya untuk pengguna Windows Phone 8.1.

Menggunakan Reading List, ia memudahkan proses anda membaca, disamping boleh menyimpan sesuatu artikel untuk diakses pada kemudian masa menggunakannya. Sokongan kategori turut hadir, disamping ia turut membolehkan pengguna pin akan kategori yang diminati pada skrin utama.

Reading List WP8.1

Menariknya, Reading List untuk Windows Phone 8.1 ini turut hadir dengan sokongan sync, membolehkan anda sync akan senarai artikel anda dengan komputer, dan membacanya menggunakan sebarang peranti yang disukai anda.

Apa pun, untuk menggunakannya, pengguna perlu menggunakan Windows Phone 8.1 – yang mana ditawarkan untuk para pembangun sahaja buat masa ini.

Muat-Turun Reading List untuk Windows 8.1


TIPS & ULASAN