Google Mungkin Merancang Peranti Seumpama Oculus Rift Mereka Tersendiri

Google Mungkin Merancang Peranti Seumpama Oculus Rift Mereka Tersendiri

Diterbitkan pada Mei 1, 2014 oleh .

Pengambil-alihan Oculus Rift oleh Facebook baru-baru ini telah mengejutkan ramai pihak, sekaligus memperlihatkan persaingan sengit dalam arena realiti maya daripada pelbagai nama besar. Google sedia mempunyai Google Glass, dan daripada pemfailan paten, ia dilihat mereka juga mempunyai perancangan untuk peranti seumpama Oculus Rift.

Google Glass Rift

Ia dilihat Google telah memfailkan paten tersebut pada September 2011 yang lepas, dimana ia meletakkan skrin paparan terus dihadapan mata pengguna – sedikit berbeza dengan posisi skrin di Google Glass.

Seperti biasa, memandangkan ia hanya sekadar pemfailan paten, maka ia tidak pasti lagi sama ada Google akan hadir dengan produk seumpamanya, ataupun sebaliknya. Apa pun, memandangkan mereka telah sedia menawarkan Google Glass kepada umum, maka tidak mustahil untuk mereka turut hadir dengan peranti seumpama Oculus Rift mereka tersendiri.


TIPS & ULASAN