Mouse Cam : Tetikus Dengan Kamera Terbina

Mouse Cam : Tetikus Dengan Kamera Terbina

Diterbitkan pada Mei 1, 2014 oleh .

Kamera hadapan ialah sesuautu yang normal pada peranti pintar dan komputer riba. Tetapi sekiranya anda menggunakan desktop kamera  web ialah aksesori yang mungkin anda tidak miliki. Kami sendiri sepanjang 20 tahun menggunakan desktop tidak pernah membeli  kamera web kerana ianya terlalu jarang digunakan. Tetapi syarikat pengeluar tetikus ternama Genius menghasilkan tetikus Cam Mouse yang menggabungkan tetikus dan kamera digital. Soalan pertama yang mungkin anda mahu tanyakan ialah “mengapa cam mouse dihasilkan?”. Menurut Genius tetikus berkamera 2 Megapixel ini sesuai digunakan oleh pelajar kolej. Anda boleh mengambil gambar nota dari papan putih yang kemudian disimpan terus kedalam komputer riba. Tak perlu lagi menggunakan telefon pintar anda dan kemudian memindahkan gambar menggunakan Bluetooth. Terdapat butang kamera khas pada bahagian tepi Cam Mouse dan penutup lensa apabila ianya tidak digunakan. Penutup lensa ini pula akan menutup laser tetikus dari mebutakan orang ramai apabila anda menggunakan Cam Mouse di dalam mod kamera. Nampak seperti sebuah idea gila tetapi ingat suatu ketika dahulu ada orang berkata tablet 7 inci adalah bodoh, tiada pasaran untuk phablet dan komputer peribadi hanya akan terjual sebanyak 1000 unit. Kesemua kenyataan ini jauh memyimpang dari realiti.

cammouse1

cammpouse2

Sumber Genius

 


TIPS & ULASAN