Versi Mini Untuk HTC One M8 Mungkin Dikenali Dengan Nama HTC One Mini 2
HTC

Versi Mini Untuk HTC One M8 Mungkin Dikenali Dengan Nama HTC One Mini 2

Diterbitkan pada Mei 1, 2014 oleh .

Sejak pengenalan HTC One M8 tempoh hari, ia telah diperkatakan ramai yang mana versi mini untuk peranti tersebut turut akan hadir ke pasaran dalam masa beberapa bulan lagi. Kini, menurut @evleaks, ia dikatakan berkemungkinan akan dikenali sebagai “HTC One Mini 2”.

Spesifikasi penuh peranti ini tidak diketahui sepenuhnya buat masa ini. Apa pun, ia turut dikatakan tidak akan menyertakan sensor tambahan pada bahagian belakang, dan hanya memfokuskan kepada satu sensor kamera belakang sahaja.

Mungkin seperti versi One Mini sebelum ini, ia akan menjadi peranti berspesifikasi pertengahan – memfokuskan kepada mereka yang inginkan peranti seumpama HTC One M8 tetapi pada harga lebih rendah dan saiz sedikit kecil.

Tarikh pelancaran rasmi untuk HTC One Mini ini tidak diketahui lagi, dan mungkin kita akan mendengarnya dalam masa beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN